Kumpulan berkenaan yang ber­selindung melalui media sosial VK di Rusia yang seakan-akan Facebook, dilaporkan dikawal oleh mentor yang menghasut golongan remaja untuk membunuh diri.
Berpuluh-puluh remaja Rusia daripada 130 orang yang membunuh diri antara bulan November 2015 dan April 2016, merupakan mereka yang diberi tekanan oleh anggota kumpulan maut VK.
Menurut laporan Novaya Gazeta, kumpulan ini yang bergerak secara senyap, kini meluaskan aktiviti sebagai kumpulan ajaran sesat.
Seorang mentor salah sebuah kumpulan maut itu, Filipp Budeikin, 22, berjaya ditahan oleh kumpulan penyiasat di Saint Petersburg pada bulan November lalu selepas didakwa mempenga­ruhi 15 remaja dalam VK untuk membunuh diri.

Ini jelas menunjukkan bahawa remaja di Rusia mudah terpengaruh dengan orang sekeliling tanpa memikirkan akibat yang akan berlaku kepada mereka. Tingkahlaku seperti ini tidak sepatutnya dicontohi sama sekali.